Wednesday, July 14, 2010

JERUK MAMAN

Assalamulaikum,

Setelah beberapa kali cuba merendang maman, tapi pahit ya amat, tak sanggup nak makan. Serik rasanya nak cuba lagi kecuali dapat petua hilangkan pahitnya.

Memandangkan maman yang di tanam menjadi, semuanya di jeruk aje.

Mudah untuk menjeruk maman.

Maman di siang sama seperti menyiang pucuk paku dengan mematah-matahkan batangnya, ambil daun dan batang yang lembut saja. Setelah dibasuh bersih masukkan kedalam bekas bertutup. Masukan air hingga keparas maman dan masukan sedikit garam serta sedikit nasi sebagai ejen penapai. Tutup bekas dan biarkan untuk 3 hingga 4 hari sehingga maman menjadi lecuh dan masam. Pada tahap ini iatelah sedia untuk dimakan.

Jeruk maman boleh di makan sebagai ulam atau di masak gulai lemak atau asam pedas dengan ikan.

Jeruk maman yang di makan mentah dihidangkan dengan hirisan bawang besar dan potongan cili padi.

Rasa maman jeruk adalah unik kerana terdapat sedikit rasa seperti petai.

Tuesday, June 22, 2010

Batang Kemumu

Kemumu merupakan tanaman dari jenis keladi, batangnya boleh dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam, dikenali sebagai lambuk oleh masyarakat sekitar Perak. Tidak pasti samada ubi keladinya sama seperti keladi yang lain.

Batang kemumu sesuai di tuai selepas saiz batang telah mencapai ukuran lebih dari 60 cm panjang dari pangkal ke daunnya dan ia boleh mencapai sehingga lebih dari 1.2 m panjang. Batang kemumu sedap di masak lemak cili api atau asam rebus bersama udang, ayam atau paling sedap dengan daging.

Sedap juga di buat ulam dimakan mentah dicicah sambal tempoyak atau digoreng cili hidup berperencah daging.

Harga pasaran sekitar BB Bangi adalah sekitar RM4-5 sekilo, di Pasar Tani Mardi Serdang lebih mahal harganya.

Tiga puluh rumpun boleh menghasilkan antara 50 hingga 60 batang (10 kg) batang kemumu seminggu.

Wednesday, May 5, 2010

Pucuk maman

Pokok Maman atau nama saintifiknya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu Kelantan, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan khususnya sekitar daerah Gemencheh. Harga maman di Pasat Tani Mega Mardi Serdang sekitar RM9.00 sekilo (Gerai sayur-sayuran kampung En. Zulkifli, macam-macam ada.......), jadi bebaloi kalau ditanam sendiri.

Bulan lalu, saya ada cuba tanam gunakan benih yang di pesan secara on-line dari En Fahin PPK Tampin dan telah menikmati hasilnya hanya selepas 4 minggu. Sekira di jaga rapi boleh di tuai sekitar 25 hari selepas menanam. InsyaAllah dua minggu lagi akan tanam untukkali kedua. Hasil yang dituai dibuat jeruk, samaada di jadikan ulam atau dimasak lemak cili padi.

Maman jeruk punya rasa unik, sedikit rasa seperti petai.

Masih lagi mencari sesiapa yang boleh mengajar cara memasak rendang ayam bersama maman pula. Pernah cuba tetapi pahit ya amat.


Wednesday, March 24, 2010

Tekanan Darah

Assalamulaikum,

Baru-baru ini di pejabat disediakan dengan sebuah alat pengukur tekanan darah digital (automatic blood pressure monitor), terima kasih kepada En. Marzuki dari Bandar Baru Bangi dan ditempatkan di suatu sudut. Sudut tersebut kini jadi tumpuan mereka yang sedar dan berani untuk mengetahui tekanan darah mereka dan ambil berat tentang kepentingan mengawal tekanan darah.

Sudah tiba masanya juga bagi saya mula mengambil preskribsi ubat kawalan tekalan darah tinggi memandangkan tekanannya di tahap "stage 1 hypertension" ia itu systolic antara 140 - 159 mmHG dan daitolic antara 90 - 99 mmHG.

Sekarang baru saya tahu bahawa teramat-amatlah penting untuk memastikan tekanan darah di kawal agar ianya kurang dari 120/80 mmHG.

Tuesday, July 7, 2009

Musim Buah

Tahun ini rambuatan menjadi sungguh, kalau dalam sehari tak sempat nak petik habis sepokok rambutan. Ada dua pokok lagi yang tak terusik lagi .

Tiga batang rambutan 'budak sekolah mula berbuah sulung' buahnya tidak sekering rambuatan gula batu.

Begitu juga dua batang pulasan berbuah sulung. Pulasan sedap di makan bila kulit mula masak merah, kalau merah seluruhnya isinya terlalu berair. Ada lagi saki baki buah nya.

Durian tak berapa menjadi tahun ni. Durian jantung (pokok tua) depan rumah tak berbuah, durian belakang rumah berbuah kali kedua, durian tembaga tepi sungai paling best isinya. Sebatang durian seberang sungai paling lebat tapi buah nya meragam, isi tawar (durian terong Bang Ngah Hilman pun tahun ni meragam padahal itulah durian paling best selama ini). Ada yang suruh tabur garam untuk pulihkan buah di musim akan datang, insyaAllah dan beli pun garam seguni 40 kg (RM18.50) di kedai hardware di Broga. Tiga batang durian dekat pokok kuinin masing-masing berbuah sebiji sebatang pokok, entah apalah tuahnya.

Cempedak pun ikut sama berbuah sulung, insyaAllah boleh petek seminggu dua lagi. Cempedak perlu diperam, tidak dibiar masak di pokok.

Dah empat kali Ahad balik petik buah. Dokong, langsat dan manggis dah sapan. Along, Alang Wak said, Achik, Ijan Azam, Api Atun, Ain, Emi Rosli dan kawan pejabat Azlan dan isteri, Kamaruddin dah merasa.

Hujung minggu ni tak dapat balik sebab nak hadiri Ijtimak Dunia di Kuaters KLIA, insyaAllah. Dijangka 200,000 jemaah dari seluruh dunia berkumpul. Program bermula dari petang Khamis 9 Julai 2009 hingga Doa Penutup pada 10.00 pagi, 12 Julai 2009.

Sesiapa nak balik hujung minggu ni boleh balik, petiklah rambutan gading dan rambutan merah tapi gait pakai galah. kalau nak tutuh kena tutuh dahan-dahan yang tinggi-tinggi je.

Thursday, April 23, 2009

Sepang kederang, biji manjakani dan koma-koma

Sepang dan kederang (kedeghrang) adalah jenis kayu herba di rebus dan air rebusan dijadikan minuman sepanjang tempuh berpantang. Air sepang berwarna merah dan kederang berwarna kuning dan apabila kedua-dua direbus air rebusan berwarna jingga.

Manjakani adalah herba bentuk bulat bersaiz antara 10 hingga 20 mm garispusat, digunakan secara luaran dan dengan di makan. Dua atau tiga biji yang kecil di masukkan ke dalam periuk nasi yang sedang ditanak dan mulai kering, sesudah nasi masak ia kan menjadi lembut dan telan semasa makan tengahari dan makan malam sepanjang tempoh pantang.

Koma-koma (saffron) direndam dalam secawan air panas dan di minum setiap pagi hari pertama hingga hari ketiga selepas bersalin. Bagi kaum India pula mereka mengamalkan dengan cara memakannya bersama-sama sirih.

Tuesday, April 21, 2009

Mandi serom

Menjadi amalan masyarakat Melayu Pahang, ibu lepas bersalin dimandikan dengan air rebusan Herba dan rempah ratus, lebih dikenali sebagai mandi serom. Amalan mandi serom, biasanya pada pagi hari ketiga (selepas ibu memperolehi kekuatan fizikal akibat proses kelahiran), akan mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut (dari hari keempat hingga hari kesepuluh).

Selepas itu air mandian cuma ditambah rebusan biji halba.

Herba dan rempah ratus rebusan biasanya:-

  • Daun Sembong
  • Daun Jambu Batu
  • Daun Lengkuas
  • Daun Ganda Rusa
  • Daun Pandan
  • Daun Senduduk
  • Daun Mengkudu
  • Daun Serai Wangi
  • Biji Halba
Sediakan anggaran 10 hingga 15 helai daun-daun sembong, jambu batu, lengkuas, megkudu; lima tangkai daun-daun ganda rusa, senduduk dan lima batang serai wangi (seluruh bahagian) dan dua sudu besar halba di rebus dengan 15 liter air sehingga mendidih. Tambah air antara 3 hingga 5 kali ganda agar cukup untuk dijadikan air mandian.