Tuesday, July 7, 2009

Musim Buah

Tahun ini rambuatan menjadi sungguh, kalau dalam sehari tak sempat nak petik habis sepokok rambutan. Ada dua pokok lagi yang tak terusik lagi .

Tiga batang rambutan 'budak sekolah mula berbuah sulung' buahnya tidak sekering rambuatan gula batu.

Begitu juga dua batang pulasan berbuah sulung. Pulasan sedap di makan bila kulit mula masak merah, kalau merah seluruhnya isinya terlalu berair. Ada lagi saki baki buah nya.

Durian tak berapa menjadi tahun ni. Durian jantung (pokok tua) depan rumah tak berbuah, durian belakang rumah berbuah kali kedua, durian tembaga tepi sungai paling best isinya. Sebatang durian seberang sungai paling lebat tapi buah nya meragam, isi tawar (durian terong Bang Ngah Hilman pun tahun ni meragam padahal itulah durian paling best selama ini). Ada yang suruh tabur garam untuk pulihkan buah di musim akan datang, insyaAllah dan beli pun garam seguni 40 kg (RM18.50) di kedai hardware di Broga. Tiga batang durian dekat pokok kuinin masing-masing berbuah sebiji sebatang pokok, entah apalah tuahnya.

Cempedak pun ikut sama berbuah sulung, insyaAllah boleh petek seminggu dua lagi. Cempedak perlu diperam, tidak dibiar masak di pokok.

Dah empat kali Ahad balik petik buah. Dokong, langsat dan manggis dah sapan. Along, Alang Wak said, Achik, Ijan Azam, Api Atun, Ain, Emi Rosli dan kawan pejabat Azlan dan isteri, Kamaruddin dah merasa.

Hujung minggu ni tak dapat balik sebab nak hadiri Ijtimak Dunia di Kuaters KLIA, insyaAllah. Dijangka 200,000 jemaah dari seluruh dunia berkumpul. Program bermula dari petang Khamis 9 Julai 2009 hingga Doa Penutup pada 10.00 pagi, 12 Julai 2009.

Sesiapa nak balik hujung minggu ni boleh balik, petiklah rambutan gading dan rambutan merah tapi gait pakai galah. kalau nak tutuh kena tutuh dahan-dahan yang tinggi-tinggi je.