Wednesday, May 5, 2010

Pucuk maman

Pokok Maman atau nama saintifiknya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu Kelantan, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan khususnya sekitar daerah Gemencheh. Harga maman di Pasat Tani Mega Mardi Serdang sekitar RM9.00 sekilo (Gerai sayur-sayuran kampung En. Zulkifli, macam-macam ada.......), jadi bebaloi kalau ditanam sendiri.

Bulan lalu, saya ada cuba tanam gunakan benih yang di pesan secara on-line dari En Fahin PPK Tampin dan telah menikmati hasilnya hanya selepas 4 minggu. Sekira di jaga rapi boleh di tuai sekitar 25 hari selepas menanam. InsyaAllah dua minggu lagi akan tanam untukkali kedua. Hasil yang dituai dibuat jeruk, samaada di jadikan ulam atau dimasak lemak cili padi.

Maman jeruk punya rasa unik, sedikit rasa seperti petai.

Masih lagi mencari sesiapa yang boleh mengajar cara memasak rendang ayam bersama maman pula. Pernah cuba tetapi pahit ya amat.


1 comment:

  1. Salam...sorry lambat reply..thanks sudi singgah blog saya...sebenarnya masak maman ni ada teknik dia..menurut mak saya , santan kena cukup , asam kena cukup baru tak pahit....sbb mak saya masak tak pernah pahit selama yang pernah saya makan...kalau satu ikat maman guna santan dari 2 biji kelapa.
    1. step yang first adalah...masukkan ayam / daging dalam kuali , than masukkan cili padi yang telah diblender dengan kunyit hidup dan sedikit air kedalam kuali..letak garam skit..
    2. Bila nampak air cili tadi agak kering , masukkan santan cair dan biar menggelegak sekejap...pastu masukkan santan pekat , perasakan dengan garam dan masukkan asam keping dalam 2 keping , masukkan maman dan biarkan maman layu sendiri , jangan terlalu dikacau, kacau bahagian bawah sahaja supaya bahagian bawah tidak hangus...maman jika dikacau selalu juga akan menjadikan rasanya pahit...
    3. Bila maman kelihatan sudah layu barulah dibalik2 kan sekali sekala..jika inginkan rendang maman yang kering biarkan hingga ia pecah minyak..kalau suka berkuah angkatlah sebelum ia pecah minyak....

    Moga sukses...

    ReplyDelete