Tuesday, April 21, 2009

Mandi serom

Menjadi amalan masyarakat Melayu Pahang, ibu lepas bersalin dimandikan dengan air rebusan Herba dan rempah ratus, lebih dikenali sebagai mandi serom. Amalan mandi serom, biasanya pada pagi hari ketiga (selepas ibu memperolehi kekuatan fizikal akibat proses kelahiran), akan mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut (dari hari keempat hingga hari kesepuluh).

Selepas itu air mandian cuma ditambah rebusan biji halba.

Herba dan rempah ratus rebusan biasanya:-

  • Daun Sembong
  • Daun Jambu Batu
  • Daun Lengkuas
  • Daun Ganda Rusa
  • Daun Pandan
  • Daun Senduduk
  • Daun Mengkudu
  • Daun Serai Wangi
  • Biji Halba
Sediakan anggaran 10 hingga 15 helai daun-daun sembong, jambu batu, lengkuas, megkudu; lima tangkai daun-daun ganda rusa, senduduk dan lima batang serai wangi (seluruh bahagian) dan dua sudu besar halba di rebus dengan 15 liter air sehingga mendidih. Tambah air antara 3 hingga 5 kali ganda agar cukup untuk dijadikan air mandian.



No comments:

Post a Comment