Bersalin adalah satu proses semula jadi yang pasti akan di alami oleh setiap wanita bila tiba masanya. Pada masa itu nyawa terletak hujung rambut dan sakitnya tidak dapat digambarkan. Walau bagaimanapun Allah maha bijaksana, tiada seorang ibupun yang serik untuk mengandung dan bersalin untuk kali keduanya, seterusnya untuk kali ketiga, keempat, kelima dan lagi.
Dalam masyarakat Melayu terdapat amalan-amalan selepas bersalin yang masih diamalkan sehingga kini. Amalan ini in laksanakan sepanjang tempoh tertentu mulai hari bersalin biasa tidak kurang dari 44 hari dan ada kelompok masyarakat yang berpantang selama 60 hingga 100 hari. Tempoh masa tersebut dikenali sebagai dalam pantang.
Menurut amalan orng tua-tua berpantang ini di laksanakan dengan penuh hati-hati dan tertib, bimbang terlanggar pantang. Sekiranya pantang dilanggar siIbu akan menerima padahnya dan yang biasa disebutkan ia akan mengalami bentan atau lebih teruk lagi akan dilanda meroyan.
Walau bagaimana pun amalan berpantang banyak memberi munafaat serta faedah. Sukar untuk dijelaskan kesan positif berpantang. Satu yang saya kira ketara ialah seseorang ibu yang kuat berpantang setiap kali bersalin dapat mengekalkan kesihatan dan bentuk badannya walaupun selepas anak ketujuh atau lapan berbanding dengan wanita yang tidak kuat berpantang, biasanya berat badannya akan meningkat dengan mendadak selepas anak pertama atau kedua, Wallahualam.
Berikut adalah amalan yang biasa diamalkan setiap kali ibu bersalin. Sesungguhnya berpantang memerlukan banyak kesabaran dan kekuatan disiplin diri. Sokongan dari suami adalah sangat penting untuk memberi bantuan, sokongan, galakan dan semangat terutama beberapa hari pertama lepas bersalin. Insyallah maklumat ini dapat di munafaatkan oleh semua yang berminat.
Mandi Serom
Menjadi amalan masyarakat Melayu Pahang, ibu lepas bersalin dimandikan dengan mandian air serom.
Amalan Urut seluruh badan
Biasanya Mak Bidan yang ditempah lebih awal akan menjalankan tugasan mengurut. Urut biasanya dimulakan selepas tiga hari bersalin atau selepas ibu pulih dari sakit bersalin tetapi tidak molek di biarkan lebih dari seminggu kerana badan mula merasa bengkak.
Amalan bertungku
Amalan bertungku merupakan satu amalan yang terpenting dan perlu diamalkan oleh setiap ibu bersalin. Ia mempercepatkan....
Amalan Berbarut dan sapuan pada perut
Amalan Pemakanan
Menurut tradisi Melayu, berpantang dalam amalan pemakanan adalah satu elemen terpenting dalam memastikan kesihatan ibu lepas bersalin pulih sepenuhnya selepas tamat tempoh berpantang khasnya dan kesihatan jangka panjang amnya. Koma-koma (saffron), biji kani (manjakani), bunga patma (rafflesia kering), sepang & kederang dan ramuan akar kayu adalah bahan yang kerab digunapakai untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.
Rawatan sampingan termasuk pilis, sapuan asahan biji kani, cucian air asam keping kerap diamalkan.
No comments:
Post a Comment