Thursday, April 23, 2009

Sepang kederang, biji manjakani dan koma-koma

Sepang dan kederang (kedeghrang) adalah jenis kayu herba di rebus dan air rebusan dijadikan minuman sepanjang tempuh berpantang. Air sepang berwarna merah dan kederang berwarna kuning dan apabila kedua-dua direbus air rebusan berwarna jingga.

Manjakani adalah herba bentuk bulat bersaiz antara 10 hingga 20 mm garispusat, digunakan secara luaran dan dengan di makan. Dua atau tiga biji yang kecil di masukkan ke dalam periuk nasi yang sedang ditanak dan mulai kering, sesudah nasi masak ia kan menjadi lembut dan telan semasa makan tengahari dan makan malam sepanjang tempoh pantang.

Koma-koma (saffron) direndam dalam secawan air panas dan di minum setiap pagi hari pertama hingga hari ketiga selepas bersalin. Bagi kaum India pula mereka mengamalkan dengan cara memakannya bersama-sama sirih.

Tuesday, April 21, 2009

Mandi serom

Menjadi amalan masyarakat Melayu Pahang, ibu lepas bersalin dimandikan dengan air rebusan Herba dan rempah ratus, lebih dikenali sebagai mandi serom. Amalan mandi serom, biasanya pada pagi hari ketiga (selepas ibu memperolehi kekuatan fizikal akibat proses kelahiran), akan mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut (dari hari keempat hingga hari kesepuluh).

Selepas itu air mandian cuma ditambah rebusan biji halba.

Herba dan rempah ratus rebusan biasanya:-

  • Daun Sembong
  • Daun Jambu Batu
  • Daun Lengkuas
  • Daun Ganda Rusa
  • Daun Pandan
  • Daun Senduduk
  • Daun Mengkudu
  • Daun Serai Wangi
  • Biji Halba
Sediakan anggaran 10 hingga 15 helai daun-daun sembong, jambu batu, lengkuas, megkudu; lima tangkai daun-daun ganda rusa, senduduk dan lima batang serai wangi (seluruh bahagian) dan dua sudu besar halba di rebus dengan 15 liter air sehingga mendidih. Tambah air antara 3 hingga 5 kali ganda agar cukup untuk dijadikan air mandian.



Tidak rugi bagi mereka yang kuat berpantang

Bersalin adalah satu proses semula jadi yang pasti akan di alami oleh setiap wanita bila tiba masanya. Pada masa itu nyawa terletak hujung rambut dan sakitnya tidak dapat digambarkan. Walau bagaimanapun Allah maha bijaksana, tiada seorang ibupun yang serik untuk mengandung dan bersalin untuk kali keduanya, seterusnya untuk kali ketiga, keempat, kelima dan lagi.
Dalam masyarakat Melayu terdapat amalan-amalan selepas bersalin yang masih diamalkan sehingga kini. Amalan ini in laksanakan sepanjang tempoh tertentu mulai hari bersalin biasa tidak kurang dari 44 hari dan ada kelompok masyarakat yang berpantang selama 60 hingga 100 hari. Tempoh masa tersebut dikenali sebagai dalam pantang.
Menurut amalan orng tua-tua berpantang ini di laksanakan dengan penuh hati-hati dan tertib, bimbang terlanggar pantang. Sekiranya pantang dilanggar siIbu akan menerima padahnya dan yang biasa disebutkan ia akan mengalami bentan atau lebih teruk lagi akan dilanda meroyan.
Walau bagaimana pun amalan berpantang banyak memberi munafaat serta faedah. Sukar untuk dijelaskan kesan positif berpantang. Satu yang saya kira ketara ialah seseorang ibu yang kuat berpantang setiap kali bersalin dapat mengekalkan kesihatan dan bentuk badannya walaupun selepas anak ketujuh atau lapan berbanding dengan wanita yang tidak kuat berpantang, biasanya berat badannya akan meningkat dengan mendadak selepas anak pertama atau kedua, Wallahualam.

Berikut adalah amalan yang biasa diamalkan setiap kali ibu bersalin. Sesungguhnya berpantang memerlukan banyak kesabaran dan kekuatan disiplin diri. Sokongan dari suami adalah sangat penting untuk memberi bantuan, sokongan, galakan dan semangat terutama beberapa hari pertama lepas bersalin. Insyallah maklumat ini dapat di munafaatkan oleh semua yang berminat.

Mandi Serom

Menjadi amalan masyarakat Melayu Pahang, ibu lepas bersalin dimandikan dengan mandian air serom.

Amalan Urut seluruh badan

Biasanya Mak Bidan yang ditempah lebih awal akan menjalankan tugasan mengurut. Urut biasanya dimulakan selepas tiga hari bersalin atau selepas ibu pulih dari sakit bersalin tetapi tidak molek di biarkan lebih dari seminggu kerana badan mula merasa bengkak.

Amalan bertungku

Amalan bertungku merupakan satu amalan yang terpenting dan perlu diamalkan oleh setiap ibu bersalin. Ia mempercepatkan....

Amalan Berbarut dan sapuan pada perut

Amalan Pemakanan

Menurut tradisi Melayu, berpantang dalam amalan pemakanan adalah satu elemen terpenting dalam memastikan kesihatan ibu lepas bersalin pulih sepenuhnya selepas tamat tempoh berpantang khasnya dan kesihatan jangka panjang amnya. Koma-koma (saffron), biji kani (manjakani), bunga patma (rafflesia kering), sepang & kederang dan ramuan akar kayu adalah bahan yang kerab digunapakai untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Rawatan sampingan termasuk pilis, sapuan asahan biji kani, cucian air asam keping kerap diamalkan.