Wednesday, April 29, 2015
Tuesday, March 18, 2014
Tuesday, January 24, 2012
Hasil Tangan Cucu Tok Dusun #1
Hasil Tangan Cucu Tok Dusun #4
Hasil Tangan Cucu Tok Dusun #3
Hasil Tangan Cucu Tok Dusun #2

Baru siapkan sebilah pisau, panjang 29 cm, panajang mata 16 cm lebar 30 mm dari mata gergaji tebal 1.5 mm.
Ulunya dari kayu kemuning dan medang alluminium.
Belum sempat buat sarungnya, masih tak ada idea.
Sekurang-kurangnya dapat amalkan 3R "reduse, reuse, recyle" mata gergagi, kayu kemuning dan paip alluminum. Sekiranya dijual dapat jana ringgit.
Pisau ini sangat sesuai dijadikan pisau sembelih ayam atau pisau melapah.
Wednesday, January 18, 2012
Hasil tangan Cucu Tok Dusun.




Salah satu pisau hasil tangan sendiri, sebilah pisau, matanya dari kikir (flat file) ulu kayu
jambu batu, sarungnya kayu kemuning dan medang tembaga.
Tidak mahu membazirkan bahan, cuba hasilkan ulu-ulu pisau dari bahagian-bahagian terbuang kayu kemuning, memunafaatkan bahagian kayuyang mati, sekali pandang macam tanduk rusa.
Friday, December 16, 2011
Ulu parang kayu kemuning
Tuesday, December 6, 2011
Friday, December 2, 2011
Pangkal Kemuning
Batang kemuning ini sebenarnya hampir-hampir terbuang begitu saja. Ianya telah dilongkokkan dan menunggu masa untuk dipungggah ke atas lori dan dibuang ke tapak pelupusan sampah di sekitar Rawang. Kebetulan sempat diselamatkan dan semoga ia dapat di menfaatkan sebaik dan sewajarnya oleh sesiapa saja yang menghargai nilai kayu ini.Batang kemuning sebesar ini pastinya berusia tidak kurang dari 100 tahun. Akan cuba dapatkan kepakaran pegawai perhutanan untuk mengira usia kemuning ini.
Saya berharap ia akan menjadi sesuatu yang sangat berharga, InsyaAllah.
Tuesday, November 29, 2011
Wednesday, November 23, 2011
Bungkah Kemuning #3



Kayu kemunting berukuran begini amat-amat sukar diperolehi.
Sebenarnya sayang untuk melepaskannya tetapi lebih baik dimenafaatkan oleh
tukang yang pakar menghasilkan keraf tangan khususnya pembuat sarung dan ulu.
Bungkah kayu kemuning belah dua, dari pokok yg dianggarkan berusia lebih 75
tahun (dikira dari jalur ira). Hampir separuh adalah teras dengan warna kayu
yang cantik.
Lebar antara 5 inci dan 7 inci, tebal antara 3 inci dan 5 inci panjang 19 1/2
inci.
Harga RM170.00 tidak termasuk kos penghantaran.
Bungkah Kayu Kemuning #17


Bungkah #17
Batang kemuning dari pokok yang berusia lebih dari 100 tahun, berukuran 28 inci panjang, 4 hingga 6 inci garis pusat dan berteras 2 inci garis pusat di bahagian tengahnya.
Amat jarang mendapatkan bekalan kemuning seperti ini oleh itu harga yg ditawarkan juga adalah sangart berpatutan dan wajar.
Hanya jauhari mengenal maknikam.
Bersama-sama memunafaatkan bahan (rare item) semulajadi ini kearah menghasilkan kerja tangan yang terbaek...!
RM320 tidak termasuk kos penghantaran
Tiga Bungkah Kayu Kemuning #5
Bungkah Kayu Kemuning #4



Kayu kemunting berukuran begini amat-amat sukar diperolehi.
Sebenarnya sayang untuk melepaskannya tetapi lebih baik dimenafaatkan oleh
tukang yang pakar menghasilkan keraf tangan khususnya pembuat sarung dan ulu.
Bungkah kayu kemuning dari pokok yg dianggarkan berusia lebih 75
tahun (dikira dari jalur ira). Ada teras dengan warna kayu 2 inci bulat ditengah, cantekkk.
Lebar antara 6 inci dan 4 1/2 inci, panjang 19 inci
Harga RM250.00 tidak termasuk kos penghantaran.
Wednesday, November 16, 2011
Tuesday, November 15, 2011
Kayu Kemuning
Tidak pasti bila masa terbaik untuk dijadikan ulu dan sarung.
Wednesday, July 14, 2010
JERUK MAMAN
Setelah beberapa kali cuba merendang maman, tapi pahit ya amat, tak sanggup nak makan. Serik rasanya nak cuba lagi kecuali dapat petua hilangkan pahitnya.
Memandangkan maman yang di tanam menjadi, semuanya di jeruk aje.
Mudah untuk menjeruk maman.
Maman di siang sama seperti menyiang pucuk paku dengan mematah-matahkan batangnya, ambil daun dan batang yang lembut saja. Setelah dibasuh bersih masukkan kedalam bekas bertutup. Masukan air hingga keparas maman dan masukan sedikit garam serta sedikit nasi sebagai ejen penapai. Tutup bekas dan biarkan untuk 3 hingga 4 hari sehingga maman menjadi lecuh dan masam. Pada tahap ini iatelah sedia untuk dimakan.
Jeruk maman boleh di makan sebagai ulam atau di masak gulai lemak atau asam pedas dengan ikan.
Jeruk maman yang di makan mentah dihidangkan dengan hirisan bawang besar dan potongan cili padi.
Rasa maman jeruk adalah unik kerana terdapat sedikit rasa seperti petai.
Tuesday, June 22, 2010
Batang Kemumu
Batang kemumu sesuai di tuai selepas saiz batang telah mencapai ukuran lebih dari 60 cm panjang dari pangkal ke daunnya dan ia boleh mencapai sehingga lebih dari 1.2 m panjang. Batang kemumu sedap di masak lemak cili api atau asam rebus bersama udang, ayam atau paling sedap dengan daging.
Sedap juga di buat ulam dimakan mentah dicicah sambal tempoyak atau digoreng cili hidup berperencah daging.
Harga pasaran sekitar BB Bangi adalah sekitar RM4-5 sekilo, di Pasar Tani Mardi Serdang lebih mahal harganya.
Tiga puluh rumpun boleh menghasilkan antara 50 hingga 60 batang (10 kg) batang kemumu seminggu.
Wednesday, May 5, 2010
Pucuk maman
Pokok Maman atau nama saintifiknya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu Kelantan, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan khususnya sekitar daerah Gemencheh. Harga maman di Pasat Tani Mega Mardi Serdang sekitar RM9.00 sekilo (Gerai sayur-sayuran kampung En. Zulkifli, macam-macam ada.......), jadi bebaloi kalau ditanam sendiri.
Bulan lalu, saya ada cuba tanam gunakan benih yang di pesan secara on-line dari En Fahin PPK Tampin dan telah menikmati hasilnya hanya selepas 4 minggu. Sekira di jaga rapi boleh di tuai sekitar 25 hari selepas menanam. InsyaAllah dua minggu lagi akan tanam untukkali kedua. Hasil yang dituai dibuat jeruk, samaada di jadikan ulam atau dimasak lemak cili padi.
Maman jeruk punya rasa unik, sedikit rasa seperti petai.
Masih lagi mencari sesiapa yang boleh mengajar cara memasak rendang ayam bersama maman pula. Pernah cuba tetapi pahit ya amat.























