Friday, December 16, 2011

Ulu parang kayu kemuning

Telah siapkan beberapa ulu dari kayu kemuning sesuai untuk parang atau pisau. Walau bagaimanapun belum ditebuk lubang puting dan belum dipasang medang. Akan cuba dapatkan bahan untuk medang dari jenis tiub tembaga.

Tuesday, December 6, 2011

Friday, December 2, 2011

Pangkal Kemuning

Batang kemuning ini sebenarnya hampir-hampir terbuang begitu saja. Ianya telah dilongkokkan dan menunggu masa untuk dipungggah ke atas lori dan dibuang ke tapak pelupusan sampah di sekitar Rawang. Kebetulan sempat diselamatkan dan semoga ia dapat di menfaatkan sebaik dan sewajarnya oleh sesiapa saja yang menghargai nilai kayu ini.

Batang kemuning sebesar ini pastinya berusia tidak kurang dari 100 tahun. Akan cuba dapatkan kepakaran pegawai perhutanan untuk mengira usia kemuning ini.

Saya berharap ia akan menjadi sesuatu yang sangat berharga, InsyaAllah.

Wednesday, November 23, 2011

Bungkah Kemuning #3




Kayu kemunting berukuran begini amat-amat sukar diperolehi.

Sebenarnya sayang untuk melepaskannya tetapi lebih baik dimenafaatkan oleh
tukang yang pakar menghasilkan keraf tangan khususnya pembuat sarung dan ulu.

Bungkah kayu kemuning belah dua, dari pokok yg dianggarkan berusia lebih 75
tahun (dikira dari jalur ira). Hampir separuh adalah teras dengan warna kayu
yang cantik.

Lebar antara 5 inci dan 7 inci, tebal antara 3 inci dan 5 inci panjang 19 1/2
inci.

Harga RM170.00 tidak termasuk kos penghantaran.

Bungkah Kayu Kemuning #17




Bungkah #17

Batang kemuning dari pokok yang berusia lebih dari 100 tahun, berukuran 28 inci panjang, 4 hingga 6 inci garis pusat dan berteras 2 inci garis pusat di bahagian tengahnya.

Amat jarang mendapatkan bekalan kemuning seperti ini oleh itu harga yg ditawarkan juga adalah sangart berpatutan dan wajar.

Hanya jauhari mengenal maknikam.

Bersama-sama memunafaatkan bahan (rare item) semulajadi ini kearah menghasilkan kerja tangan yang terbaek...!

RM320 tidak termasuk kos penghantaran

Tiga Bungkah Kayu Kemuning #5




Batang kemuning sepanjang 20 inci dibelah tiga menjadikan kepingan dengan lebar 5 inci, 4 1/2 dan 2 inci, tebal hampir sama iaitu 1 1/2 hingga 3 inci.

Bungkah yang besar terdapat teras lebih kurang 2 inci bulatan.

Harga ketiga-tiga keping RM250.00 tidak termasuk kos penghantaran.