Wednesday, November 23, 2011

Bungkah Kayu Kemuning #17




Bungkah #17

Batang kemuning dari pokok yang berusia lebih dari 100 tahun, berukuran 28 inci panjang, 4 hingga 6 inci garis pusat dan berteras 2 inci garis pusat di bahagian tengahnya.

Amat jarang mendapatkan bekalan kemuning seperti ini oleh itu harga yg ditawarkan juga adalah sangart berpatutan dan wajar.

Hanya jauhari mengenal maknikam.

Bersama-sama memunafaatkan bahan (rare item) semulajadi ini kearah menghasilkan kerja tangan yang terbaek...!

RM320 tidak termasuk kos penghantaran

Tiga Bungkah Kayu Kemuning #5




Batang kemuning sepanjang 20 inci dibelah tiga menjadikan kepingan dengan lebar 5 inci, 4 1/2 dan 2 inci, tebal hampir sama iaitu 1 1/2 hingga 3 inci.

Bungkah yang besar terdapat teras lebih kurang 2 inci bulatan.

Harga ketiga-tiga keping RM250.00 tidak termasuk kos penghantaran.

Bungkah Kayu Kemuning #4





Kayu kemunting berukuran begini amat-amat sukar diperolehi.

Sebenarnya sayang untuk melepaskannya tetapi lebih baik dimenafaatkan oleh
tukang yang pakar menghasilkan keraf tangan khususnya pembuat sarung dan ulu.

Bungkah kayu kemuning dari pokok yg dianggarkan berusia lebih 75
tahun (dikira dari jalur ira). Ada teras dengan warna kayu 2 inci bulat ditengah, cantekkk.

Lebar antara 6 inci dan 4 1/2 inci, panjang 19 inci

Harga RM250.00 tidak termasuk kos penghantaran.

Wednesday, November 16, 2011

KOLEKSI LAMA






Sebahagian untuk dijual.

Tuesday, November 15, 2011

Kayu Kemuning

Baru-baru ni dapat kayu kemuning, walau bagaimanapun tak tahu kemuning apa, tapi yang pasti bukan kemuning hitam sebab kayunya putih kekuningan.

Tidak pasti bila masa terbaik untuk dijadikan ulu dan sarung.

Wednesday, July 14, 2010

JERUK MAMAN

Assalamulaikum,

Setelah beberapa kali cuba merendang maman, tapi pahit ya amat, tak sanggup nak makan. Serik rasanya nak cuba lagi kecuali dapat petua hilangkan pahitnya.

Memandangkan maman yang di tanam menjadi, semuanya di jeruk aje.

Mudah untuk menjeruk maman.

Maman di siang sama seperti menyiang pucuk paku dengan mematah-matahkan batangnya, ambil daun dan batang yang lembut saja. Setelah dibasuh bersih masukkan kedalam bekas bertutup. Masukan air hingga keparas maman dan masukan sedikit garam serta sedikit nasi sebagai ejen penapai. Tutup bekas dan biarkan untuk 3 hingga 4 hari sehingga maman menjadi lecuh dan masam. Pada tahap ini iatelah sedia untuk dimakan.

Jeruk maman boleh di makan sebagai ulam atau di masak gulai lemak atau asam pedas dengan ikan.

Jeruk maman yang di makan mentah dihidangkan dengan hirisan bawang besar dan potongan cili padi.

Rasa maman jeruk adalah unik kerana terdapat sedikit rasa seperti petai.

Tuesday, June 22, 2010

Batang Kemumu

Kemumu merupakan tanaman dari jenis keladi, batangnya boleh dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam, dikenali sebagai lambuk oleh masyarakat sekitar Perak. Tidak pasti samada ubi keladinya sama seperti keladi yang lain.

Batang kemumu sesuai di tuai selepas saiz batang telah mencapai ukuran lebih dari 60 cm panjang dari pangkal ke daunnya dan ia boleh mencapai sehingga lebih dari 1.2 m panjang. Batang kemumu sedap di masak lemak cili api atau asam rebus bersama udang, ayam atau paling sedap dengan daging.

Sedap juga di buat ulam dimakan mentah dicicah sambal tempoyak atau digoreng cili hidup berperencah daging.

Harga pasaran sekitar BB Bangi adalah sekitar RM4-5 sekilo, di Pasar Tani Mardi Serdang lebih mahal harganya.

Tiga puluh rumpun boleh menghasilkan antara 50 hingga 60 batang (10 kg) batang kemumu seminggu.