Wednesday, July 14, 2010

JERUK MAMAN

Assalamulaikum,

Setelah beberapa kali cuba merendang maman, tapi pahit ya amat, tak sanggup nak makan. Serik rasanya nak cuba lagi kecuali dapat petua hilangkan pahitnya.

Memandangkan maman yang di tanam menjadi, semuanya di jeruk aje.

Mudah untuk menjeruk maman.

Maman di siang sama seperti menyiang pucuk paku dengan mematah-matahkan batangnya, ambil daun dan batang yang lembut saja. Setelah dibasuh bersih masukkan kedalam bekas bertutup. Masukan air hingga keparas maman dan masukan sedikit garam serta sedikit nasi sebagai ejen penapai. Tutup bekas dan biarkan untuk 3 hingga 4 hari sehingga maman menjadi lecuh dan masam. Pada tahap ini iatelah sedia untuk dimakan.

Jeruk maman boleh di makan sebagai ulam atau di masak gulai lemak atau asam pedas dengan ikan.

Jeruk maman yang di makan mentah dihidangkan dengan hirisan bawang besar dan potongan cili padi.

Rasa maman jeruk adalah unik kerana terdapat sedikit rasa seperti petai.