Kemumu merupakan tanaman dari jenis keladi, batangnya boleh dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam, dikenali sebagai lambuk oleh masyarakat sekitar Perak. Tidak pasti samada ubi keladinya sama seperti keladi yang lain.
Batang kemumu sesuai di tuai selepas saiz batang telah mencapai ukuran lebih dari 60 cm panjang dari pangkal ke daunnya dan ia boleh mencapai sehingga lebih dari 1.2 m panjang. Batang kemumu sedap di masak lemak cili api atau asam rebus bersama udang, ayam atau paling sedap dengan daging.
Sedap juga di buat ulam dimakan mentah dicicah sambal tempoyak atau digoreng cili hidup berperencah daging.
Harga pasaran sekitar BB Bangi adalah sekitar RM4-5 sekilo, di Pasar Tani Mardi Serdang lebih mahal harganya.
Tiga puluh rumpun boleh menghasilkan antara 50 hingga 60 batang (10 kg) batang kemumu seminggu.